Monday, June 4, 2007

soeBandono-17

Sebahagian siri dalam Islam


Sejarah Islam
Ajaran dan Kepercayaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Malaikat · Nabi dan Rasul · Kitab · Hari Akhirat · Qadar
Dua Kalimah Shahadah · Solat · Puasa · Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah
Tokoh-Tokoh Utama

Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar · Saidina Uthman · Saidina Ali
Sahabat Nabi · Imam · Imam Mahdi · Tokoh Islam lain
Kitab & Undang-Undang
al-Qur'an · Hadith · Surah
Mazhab · Syariah
Golongan Islam
Sunah · Syiah · Sufi
Kota Suci Islam

Makkah · Madinah · Baitulmuqaddis
Aspek-Aspek Sosial
Kota Islam · Seni bina
Sains · Tamadun Islam
Kesenian · Takwim Hijrah · Khalifah · Politik Islam · Jihad
Lihat Juga
Rencana mengenai Islam


Gambar Malaikat Mikail dalan bentuk seni Byzantine

Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).

Muslim haruslah beriman kepada malaikat dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال).Jadual isi kandungan [sorok]
1 Beriman dengan tafsil
1.1 Malaikat wajib
2 Beriman dengan ajmal
3 Sejarah Malaikat


[Sunting]
Beriman dengan tafsil

Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.

[Sunting]
Malaikat wajib

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-Nama Arab Tugas
Malaikat Jibril/Jibrail جبرائيل/جبريل Menyampaikan wahyu Allah.
Malaikat Mikail ميكائيل Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Malaikat Israfil إسرافيل Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Malaikat Izrail عزرائيل Mencabut nyawa.
Malaikat Mungkar/Munkar منكر Menyoal mayat di dalam kubur.
Malaikat Nakir نكير Menyoal mayat di dalam kubur.
Malaikat Ridhwan رضوان Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malaikat Malik مالك Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Malaikat Raqib رقيب Mencatat segala amalan baik manusia.
Malaikat Atid عتيد Mencatat segala perlakuan buruk manusia.


[Sunting]
Beriman dengan ajmal

Beriman kepada malaikat secara ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.

Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi yang menjadikannya lapan malaikat pemegang arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.

[Sunting]
Sejarah Malaikat

Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.

Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir. Walaubagaimanapun kenyataan ini diragui kesahihannya/kebenarannya.

 0 Orang Yang Ngoceh:

Post a Comment

<< Home